16 May 2012

new hope

hari ni merupakan hari paling gembira bagi aku sepanjang cuti semester ni...
ye lar, kalau sebelum ni, duduk on9 jer xde buat aktiviti berfaedah...

tapi, hari ni,

aku rasa gembira sangat!!!

kenapa aku gembira??

sebab file yang aku mula download sejak 3 hari lepas dh pun siap.
lagipun, ini bukan file biasa.
dengan saiz file 6.67 GB, file ni mengambil masa 3hari 7jam untuk siap didownload
file ni mengandungi video2 workout dari sebuah program yang diberi nama "INSANITY" - mengajarkan teknik2 workout yang dikatakan paling berkesan untuk keep fit...

ya, itu lah impian aku, untuk keep fit walaupun badan aku sedikit kurus...


oh btw, ni preview tentang program tu...

Team Beachbody Insanity Workout Program - Shaun T



walaupun cuti semester ni hampir tamat, dan aku sedikit terlewat...
aku percaya dengan pepatah omputih "better late than never"

gotta work hard rather than doing nothing
=)


*overall, aku bangga sebab dapat download sebuah file yang bagi aku amat rare untuk dijumpai*

11 May 2012

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki


Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.


4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.


5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.


7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.


8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.


9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain



.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri



14 December 2010

rEsult

pagi 10/12/2010...

-bebudak kelas aku dh sibuk psal result dh keluar...

-aku rasa malas sangat nk tengok sebab aku tahu,
 aku ada wat salah kat lecturer sorang ni...



mula berfikir...



















fikir lagi...


erm, sampai bila nak dari kenyataan kan??

'what goes around, comes around'


-last2, bukak jugak...





DANG!!!


aku dh agak...
aku fail satu subjek.
frust, sedih, menyesal...
perasaan bercampur-baur masa tu,
mungkin aku menangis kot~

tp apapun,tetap bersyukur sebab GPA still above 3



*lepas ni juz nk pastikan xde lagi 'repeat'

30 July 2010

new life...

baru buleh updte blog ni...
bz (walaupun xsgt)...

lpas konfem jd budak u,
(di UiTM KUALA TERENGGANU (CHENDERING),KOS SENILUKIS & SENIREKA (ART & DESIGN))
pergh...khidupan aku mmg totally berubah...

hidup diselubungi assignment,
yg baru menimbus yg lama..
yg deadline nye cuma seciput masa jer lg...

hadoii...aku letih....


**sentiasa berfikir,adakah setiap hari utk tempoh 5sem ni, akn diisi dgn assignment jer....

20 June 2010

sejak bilakah??

disebabkan lama xupdate blog yg memang xyah diupdate nie...

aku jd xtau blogger dh ada function nie...


try slaluh...
hahaha.......

30 March 2010

'karya'

ksinambungan tuk post ni...

lukisan realistik bg kerja kursus psv..
xsangka aku lukis sume ni..
mmg puas ati sgt3...y??,coz i'm beginner,...which means 'zero'..
xprnh attend apa2 kelas melukis,
xprnh wat special pieces,
xpernah guna poster colour,
n xpernah pgg berus
,
cuma mmg slalu melukis dlm kerts2 kecil..
but yes...juz bcoz desperate nk markah best..
i can do it...

bunga cina atau gardenia augusta..

jd warna biru sbb mngikut gmbr dprint mggunakn printer yg xde dkwt..
sbb ckgu kta ok...aku pn ok je...

ladybird

n last...lukisan realistik ladybird..walaupun xjd sbb pudar sikit...
but,i like this very much...
ye lar ...wat tgh2 mlm..sorg2 diri...hahaha...
yg ni mmg ada 'moment' dgn aku..

27 February 2009

kelas Pendidikan Seni Visual

mmg dr kecik aku rasa aku minat sngt dgn seni2 nie..
aku ambik subjek psv ni pn sbb mnt sngt dgn seni..
x kisah lar seni apa pun....
tp satu prkara yg merunsingkn aku adlh..
dr mula aku ambik subjek ni as subjek tambahan,
cikgu dh ckp dia akan reject bebdk yg x bg perhatian,malas n penyakit2 yg swktu dgnnya..
aku terus jadi takut,sbb aku tahu aku ni mmg mls jugak..
tapi aku akan buat yg terbaik...harap2 lar aku bkn dr klgn mrk yg akn dreject..
tp mmg aku hrp x de sorg pn yg akn dreject coz bbdk psv skul aku ni mmg the best of the best..xcept aku..kot...or aku trmsk dlm glgn diorg....he3...(poyo gk aku ni)
so,mulanya..aku ambik tugasan 7 untuk kerja kursus..iaitu interior design
tapi mgkn sbb bkn bdg n jmhrn aku tmbh plak aku x brape mnt dgn interior ni..
so,aku tkr fkrn n aku ambik tugasan 5 iaitu bekas serbaguna bercorak..
aku kena buat satu bekas serbaguna utk dltkkn alat² tulis..
lps tu aku kena buat satu corak berulang dgn tema flora n fauna..
aku rasa cam aku boleh handle tajuk ni..itu yg penting..
"doing our best is more important than being the best"..isn't it??
hoho...so,aku kena lar cari gambar2 corak berulang,flora,fauna,n bekas serbaguna tu..
sebagai panduan utk corak yang bakal aku hasilkan....
aku rasa cam nk post jergambar2 yg aku pilih tu,,aku lg boring nih....
tp kebnyknnye aku ambik dr blog ni
ok ni dia gmbr2 yg aku select tu...

koleksi gambar bekas serbaguna
semuanya aku ambik dr blog psv tu..






koleksi gambar corak berulang
pun aku copy semuanya dr blog psv tu..






koleksi gambar flora

gambar ni aku ambik dr blog psv tu..
yg ni plak,aku pandai2 je search google..x psl2 dh slh,sbb x nmpk dia punye daun..tp cikgu ckp,it's still ok..
ni pulak,bunga cina or nama saintifik dia gardenia augusta...ygmbr ni aku ambk kt rmh aku jer..
yg ni pn sama gk,bunga krts aku ambik gmbr kt umah jgk..

koleksi gambar fauna
yg ni mmg semuanya dr google....






ok..tu lar dia gmbr2 yg ada dlm buku aku skrg..
skrg aku kena describe setiap gmbr tu mengikut persepsi aku sendiri..
lp tu,aku kena buat lakarn makhluk yg aku pilih tu..
so,bila kls hari ahad ni..aku kena mwrna gmbr trsebut..
kena realistic..bab ni cikgu aku akn berikan ajar beliau..
ok lar tu lar shj yg aku nk khabarkn kt semua n kt aku jgk..
secara kslrhn,aku sngt hepi sbb dpt msk kls psv..
mmg menggembirakan belajar seni...
nanti kalo lakaran relistik aku tu dh siap,tnpa sgn2 aku akn postkn dlm blog ni..
tunggu je..tu pun kalo aku x dreject...tp aku mmg xnk dreject...
aku nk belajar seni ni....
oklar, tu jer dulu.....
aku nk tido....
salam...

14 January 2009

Puisi : Aku cemburu pada Mujahidin Palestin




Rozm al Malakan
Fri | Jan 09, 09 | 12:50:05 am MYT
Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci
Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu
Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot
Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu
Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka

12 January 2009